<!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6976495694910369793\x26blogName\x3dServant+of+Allah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://diana-azmai.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://diana-azmai.blogspot.com/\x26vt\x3d-8325043856942117693', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <body>

Free your heart from hatred.
Free your mind from worries.
Some things are better left unspoken.

Entries About Memories Shhh




Welcome.
10 Ciri Kekasih Curang
Saturday, April 28, 2012 @ 4/28/2012 11:34:00 AM


1)     Handset mereka selalu je berbunyi beep! beep! tanda mesej masuk lah
Semua orang pun tak suka kalau personal stuff mereka diusik sesuka hati kan? So, sama la macam gf/bf u tu. Selalunya kalau u dating dengan kekasih mereka akan mematikan handset mereka tapi sejak kebelakangan ni mereka bukan saja tak off handset tu malah menguatkan lagi volume message alert tone. TIt-tIt kalau skandal mesej tak dengar laa tu. Dah pulak setiap kali u baru nak buka mulut sembang dengan gf/bf  ada mesej baru masuk lagi, takkan u tak syak apa-apa kot? Dah tu baca mesej pun senyum-senyum kambing. Tapi jangan terus terjah, kena selidik dulu, mana la tahu si dia tengah syok mesej dengan abangnya ataupun member baik tak ke naya nanti?

2)     No message, no call
Kalau di awal bercouple dulu, u mesej je tak sampai setengah saat si dia dah replied mesej tu. Tapi sekarang ni bukan setakat lambat malah ayat yang tidak diharapkan turut delivered ke inbox u. Busy la, meeting urgent dengan boss laa and entah apa-apa lagi alasan yang diciptanya daripada melayani mesej u sehinggakan u boleh hitung berapa mesej yang u terima darinya dalam sebulan. Diorang nak call? Eleh, jangan harap! But u jangan terus terasa kalu diorang buat macam tu. Maybe they’re really busy or they have no more credits balance.

3)     No more “I love you” like before
Perghhh! Di awal ambang bercouple dulu bukan main manis lagi mulut si dia membicarakan sayang and other sweet words pada u tapi sekarang ni nak bahasakan diri u seperti panggilan dulu-dulu pun susah. Alasannya, kita kena jadi matang la. Panggilan gedik-gedik tu hanya untuk budak tak cukup umur jela kononnya. Ceh! Laser punya kekasih. Kalau dalam hati tu dah tak ada rasa sayang better tell the truth.

4)     Suka memberi alasan untuk tidak bertemu u all
Haha! Dah sah la dia ada pasang yang lain tu. Setiap kali u ajak si dia keluar alasannya tetap sama dan dah kedengaran basi di cuping telinga kamu. Kalau u jemput si dia datang makan-makan di rumah pasti si dia akan datang seorang diri. Kalau dulu datang rumah suka sangat angkut member berduyun-duyun sebab nak introduce u kat kengkawan dia yang u ni someone special tapi sekarang ni segan pulak. Ala, risau member report kat kekasih gelap dia la tu. Tapi jangan salah anggap pulak sebab ada certain people lebih suka datang sorang diri sebab mahukan privacy. TIt-tIt nanti tengah dok syok sembang baik dengan gf/bf tetibe kawan-kawan sibuk mengganggu. Kan-3?

5)     Mind your own business!
Time hangat bercouple dulu, macam belangkas lagi u berkepit 24 jam. Tapi sejak akhir-akhir ni dia jarang ada dengan u, kenapa ya? Busy beno gamaknya ya? Huhuhu. Bila u tanya kenapa dan dengan tegasnya dia akan berkata “Jangan sibuk hal orang la, urus diri sendiri tu dulu!” Malah tidak gemar jika u mencampuri urusannya. Hallamak! Cantik gile bahasa dia kan? Rasa nak bagi penampar free pun ada, huhu. Nak sabar boleh, tapi sampai bila je tahap kesabaran manusia ni kan? Pasti ada pasang surutnya. So, think positive and make a rational decision okay.

6)     Suka berdiam diri & berahsia walaupun mengenai perkara kecil
Wah wah, sekarang ni bukan main senyap lagi dia. Kalau dulu si dia lah yang paling riuh cerita itu dan ini tak tentu hala tapi sekarang ni disebaliknya pulak. Bukan setakat dia tidak mahu berkongsi masalah dengan u lagi malahan suka menyendiri sambil membelek handsetnya. Bila ditanya, dijawab “Takde pape lah”. Ye la, si dia takut tersalah cakap dengan u nanti kan, mau gaduh besar jadinya. Ingatkan nak cakap fasal nak balik kampung jenguk opah tetibe tercakap nak balik kampung jenguk kekasih gelap, huhu. Oleh itu, si dia lebih gemar berdiam diri disamping hanya menjawab apabila ditanya. Tapi tak mustahil jugak kalau dia berdiam diri kerana stress fasal something kan? So, siasat dulu sebelum membuat sebarang keputusan okay?

7)     Tidak gemar u berkunjung ke rumahnya lagi
Hmmm…kalau dulu hari-hari dia tak kisah kalau u datang bertandang ke rumahnya tanpa mengira waktu tapi sekarang zaman dah lain. TIt la nanti tengah u dok tawaf satu rumah tu, alahai terjumpa pulak dengan bahan bukti yang menunjukkan si dia bermain kayu tiga such as terjumpa foto lelaki/perempuan lain di dalam biliknya. Or u terjumpa dompet lelaki/perempuan lain yang tertinggal ke kan? Buat naya je nanti, huhu.

8)     DIY
Ececeh…kalau dulu u nak minta tolong apa je tanpa bantahan dia terus tabik pada u. Dengar arahan la katakan. Tapi sekarang ni, nak tolong pun bukan main susah siap beri 1001 alasan yang tak munasabah lagi tu. Alik-alik u yang dimarahinya supaya berdikari dan tidak bergantung hidup pada orang lain, huhuhu. Macam childish la, tak matang la. Sadis sungguh! Whatever just be patient ok?

9)     Mudah melepaskan kemarahan kepada u
Let’s say u terbuat salah kecil je such as terlupa pulangkan buku ke library macam yang dia suruh then dia dengan sewenang-wenangnya memarahi u tanpa banyak bicara. Perghhh! Tentu sakit hati bukan? Kita tak diberi peluang membela diri langsung, tak adil sungguh! Kalau jarang takpe lah tapi ni dah setiap minit membebel semuanya tak kena, sah memang ada something wrong. Tu tandanya si dia sudah tidak menyukai kamu lagi. Mungkin rasa sayang tu dah terhakis sedikit demi sedikit sejak dia mengenali lelaki/perempuan lain and tak mustahil dia sudah berani menaikkan tangannya ke muka u. Hati-hati!

10) Sering tersasul menyebut nama lelaki/perempuan lain
OMG! Parah ni. Tengah u dok sibuk candle light dinner ni tetibe bf/gf suruh u tolong ambilkan tisu dengan menyebut nama lelaki/perempuan lain. Alamak, kantoi sudaa…haha! But u jangan terus berprasangka buruk, mana la tahu dia tengah ada problem dengan family ataupun kengkawan and terbawa-bawa problem tu, u dok sedap mulut je tuduh bukan-bukan. Tak mo gitu ek? Hehe…


Labels: