<!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6976495694910369793\x26blogName\x3dServant+of+Allah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://diana-azmai.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://diana-azmai.blogspot.com/\x26vt\x3d-8325043856942117693', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <body>

Free your heart from hatred.
Free your mind from worries.
Some things are better left unspoken.

Entries About Memories Shhh




Welcome.
Lelaki tak suka bila perempuan…
Wednesday, January 18, 2012 @ 1/18/2012 11:20:00 AM

Salam alaik.

1)   Kurang sopan
Yeah! Aspek ni memang lah wajib untuk semua perempuan jauhi.  Tak sesuai laa dengan ciri-ciri feminine kita ni. Muka dah cun tapi slack perangai macam tikus busuk! Siapa pun tak nak kan? Bagi orang TR pun diorang campak tepi je, huhu. Coz nanti nak perkenal pada mak mertua pun segan giler beb! So, kalau korang yang perempuan ni merasakan diri tu ada yang tak berapa sopan, bawa berubah laa ye. Insha’Allah boleh.

2)   Suka compare diri dengan orang lain
Hurm, tahu laa lelaki ni kadang-kadang mata keranjang jugak but tak semestinya mereka akan berlaku curang. Sekadar nak cuci mata tu je. Bagus pulak tu si perempuan ni pun pandai-pandai je menambah ayat bukan-bukan yang kurang digemari lelaki seperti dot dot dot. Hallamak korang ni pun satu! Jeles tak tentu fasal la. Cool sudaaa… Coz kalau boy dah sayang kat korang nescaya diorang takkan berminat dengan girl lain ok!

3)   Gedik manja
Hahaha! Yang ni memang haru. Tak kan laa depan public pun korang nak panggil honey korang tu BABY kot? Respect others la bebeh. Gegirl ni pun sikit-sikit suka sangat pegang tangan bf plus buat-buat suara manja(geli nyah!) giler konon. Alasannya, korang nak tunjuk betapa sayangnya korang kat bf tu laa. Ececeh, tak perlu la wei! Lagipun korang tak tahu kan even lelaki tak kisah korang menggedik macam tu but dalam hati diorang menjerit-jerit rimas you know! Diorang rasa malu tau! Then kalau orang dok mengata korang tak matang nanti korang report bf pulak, mampus…(korang kena sound balik aku tak masuk campur ok!)

4)   Suka berubah fikiran
Tak dinafikan lain orang lain pendapatnya namun lelaki cukup tak suka perempuan yang tak tetap pendirian. Mula-mula cakap gini pastu cakap gitu pulak. Tension kot!

5)   Malas membuat keputusan
Ni lagi sorang, dah macam budak tadika je. Orang suruh buat decision for the first time pun tak mahu. Ala, lelaki ni sekadar nak tanya pendapat korang je. Tu pun jarang-jarang minta buah fikiran korang kan? Then yang si jejaka ni jugak laa akan beri pendapat setiap kali nak keluar dating dimana? Makan apa? Nak borak apa? Diorang bosan tahu tak? Macam bercintan dengan tunggul mati je. Kalau macam tu better diorang couple dengan poster gambar korang je!

6)   1001 alasan tak munasabah!
Setiap kali bf call, lancar je mulut korang tu beri alasan kan? Kalau dah tak suka terus terang jela. Dah la mesej pun tak berbalas. Mungkin lelaki boleh terima kalau korang berkata jujur tanpa berselindung. Nanti diorang rasa macam korang ni mengelak daripada diorang pulak. Buat la korang perangai macam ni, eloknya diorang malas nak contact korang dah nanti, ha! Tanggung le kome akibatnya. More dangerous bagi mereka yang bekerja satu team, jangan suka beri alasan coz nanti hilang partner ok!

7)   Suka mendesak
Wahai gegirl yang disayangi… Korang tahu kan boy benci orang yang suka mendesak mereka melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka such as korang desak diorang tunang cepat laa dengan alasan risau si dia disambar orang. Hek eleh, calm down sudaa. Lagi satu perempuan ni suka sangat la paksa lelaki berterus terang tentang perkara yang mereka tidak lakukan. Kalau diorang cakap TAK CURANG maka diorang benar-benar maksudkannya. Kalau diorang dah fade up dengan pertanyaan serupa korang tu jangan terkejut nanti if diorang cakap “Selamat tinggal sayang. I memang ada kekasih gelap!”

8)   Control ayu
Tak perlu la nak jadi orang lain untuk pikat jejaka idaman sekalipun. Be yourself, itu yang terbaik. Ni karang nak mekap sampai 5 inci then pakai kasut wedges pulak tu. Ey, dah macam badut laa lelaki tengok nanti. Being natural sudaaa. Lelaki tak suka perempuan cover ayu padahal busuk hati! But kadang-kadang lelaki ni tak dapat membezakan yang mana satu control ayu and mana satu perempuan benar-benar ayu. Betul kan? Hahaha.

9)   Suka merungut
Dah memang lumrah semua manusia pasti pernah merungut dalam sehari tu. Berapa banyak kali rungutan tu hanya korang and Dia je yang tahu. Tak baik tau sikit-sikit nak mengeluh, nak merungut. Eleh, baru ajak study group kat rumah salah seorang member dan kebetulan black out, cool jela. Ni membebel macam mak nenek, panas laa, lalat pusing-pusing keliling korang laa. Kecoh betul! Normal la tu. Macam la rumah korang takde lalat langsung! Apa korang ingat korang ni queen ke? Lelaki tengok pun menyampah tau tak. Buang la perangai budak-budak ni. Jangan kata lelaki, semua orang pun tak suka beb!

10)Kaki kikis
Wallawei! Bahaya seyh! Perempuan jangan ingat semua lelaki ni berduit ok. Nampak je luaran smart giler and apa korang minta pasti akan ditunaikan tapi korang tahu tak betapa si dia terpaksa ikat perut selama berminggu-minggu semata-mata ingin mengikut kehendak korang yang tak berpenghujung tu? Sesayang mana pun diorang kat korang but kalau perangai korang masih berterusan macam ni, Insha’Allah korang tak payah susah-susah coz si jejaka dengan rasa senang hatinya akan angkat kaki dulu. So, kalau tak nak benda macam ni terjadi pada korang, berubahlah sedikit demi sedikit ok?

Labels: