<!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6976495694910369793\x26blogName\x3dServant+of+Allah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://diana-azmai.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://diana-azmai.blogspot.com/\x26vt\x3d-8325043856942117693', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <body>

Free your heart from hatred.
Free your mind from worries.
Some things are better left unspoken.

Entries About Memories Shhh




Welcome.
Cinta Remajaku :)
Wednesday, December 21, 2011 @ 12/21/2011 10:05:00 AM





“I love U, Safiah!"
Tu la ayat pertama yang aku luahkan pada dia semester lepas dan tu jugak kali terakhir aku bercakap dengan dia. Safiah. Ya! memang namanya Safiah. Safiah Najwa Elayna binti Dato’ Shapley. Gadis kacukan Melayu - Scotland. Tak siapa pun tak setuju kalau aku cakap dia cantik persis Annasophia Robb versi Melayu bertudung. Cun giler beb tapi sombong! Seksa betul!
  Aku dengan dia sama-sama pelajar jurusan Teknologi Maklumat. Bezanya cuma dia anak orang berada sedangkan aku belum tentu dapat belikan sebuah beg Gucci macam yang boyfriend dia selalu bagi, Caun. Tak dinafikan memang Safiah sudah berpunya dan kekasihnya itu merupakan abang angkatku. Aku juga mula mengenali Safiah melalui Caun ketika dia mengajakku untuk bertemu dengan seorang teman katanya. Awal ura-ura aku dah berkenan tahap dewa kat dia tapi lepas abang Caun introduce budak tu sebagai girlfriend dia aku terus off mood. Melepas! Hari-hari la diorang dok dating depan aku, nyampah aih! Tapi tanpa aku sedari, pertemuan pertama kali itulah yang membuatkan tidur setiap malamku tidak seindah sebelum aku mengenalinya. Ceh, jiwang karat pulak! Apa pun, terima kasih Safiah kerana masih menyimpan rahsia ni.
            “Aku bukan tak nak Wan. Kau kena faham jugak.”
            “Ala, pedulikan balak mereng dia tu. Hidung belang!”
Aku berasa kurang senang dengan jawapan member baik merangkap teman satu dorm aku, Safwan yang memang selalu memberikan idea yang bukan-bukan kepadaku.
            “Wan, lelaki sejati tak buat kerja macam tu,” jawabku bersahaja, sambil menikmati Nescafe panas dihadapanku.
            “Aku tengok diorang selalu gaduh sejak bulan lepas. Mesti perang besar.” Safwan mengagak sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
            “Couple of The Year berantakan bukan perkara biasa.” Aku membuang pandangan ke arah luar tingkap kafe.
Safwan hanya ketawa dan membalas.
            “Eleh, pasangan mana yang tak akan berpisah Epul? Cuba beritahu aku.” Safwan masih cuba mempengaruhi fikiran warasku. Kusut!
            “Kebanyakannya kekal lama.” Aku menjawab selamba. Ringkas tapi padat isinya.
            “Ala, cinta remaja tak ke mana la Epul. Tengok macam aku, the real Mr. Casanova. Hahaha…” Safwan ketawa dan bingkas bangun ingin beredar.
            Aku terdiam sejenak, cuba mengimbas kembali kenangan lalu. Dulu aku juga seperti Safwan, suka mempermainkan perasaan wanita-wanita yang datang menyapa tanpa dipinta. Memiliki rupa paras yang kacak merupakan satu anugerah yang tidak ternilai bagiku. Dapat menarik perhatian jutaan gadis hanya dengan senyumanku, membuatkan aku semakin leka dan hanyut dalam dunia ciptaan sendiri. Tapi tu kisah lama, sejak aku bertemu dengan Safiah kehidupanku berubah banyak. Ceh, love at first sight la katakan, hahahaha!

Hari minggu memang hari paling aku nanti-nantikan. Aku dah planned nak lepak kat Danga Bay dengan Safwan, Dek An, Anip, Paan, Eijat dan Jo aka Joanna. Satu-satunya perempuan yang memang sebati dengan jiwa dan lifestyle jejaka idaman Malaya seperti kami. Hahahaha! Sekali pandang luaran memang cun gila beb! Dua kali pandang, alamak… tomboy sih! Tapi kami semua tak kisah, sebab kami mudah mendapatkan maklumat tentang kaum hawa kat kolej ni melalui Joanna. Ala-ala informer kami la katakan. Cayalah Jo!
            “Mana Jo ni? Dah naik sawan aku tunggu.” Anip mula mengeluh.
            “Ala, macam biasa. Mesti tengah cari legging hilang lagi.” Dek An menjawab sambil mengibas-ngibas bajunya. Panas terik kot!
            “Takkanlah. Tengah mekap la tu, pakai eyeliner pun dah 30 minit.” Eijat tiba-tiba menyampuk.
“Ni la perempuan, ratu make up. Lembab!” Safwan turut merungut sambil kakinya menyepak batu-batu kecil di atas jalan. Bosan menunggu barangkali.
Kemudian Paan terpandang pada seseorang di belakang Safwan yang sepertinya sedang mencari seseorang lalu mengangkat tangan.
            “Jo! Sini la!”
            Semuanya menoleh ke arah Safwan dan kelihatan Joanna sedang berjalan ke arah mereka. Aku mengerling ke arah kasut Joanna. Perghhh! Cantik siut!Sneakers baru tu! Patut lambat. Kami semua berpandangan sesama sendiri dan tersengih.
            “Sorry semua. Legging aku tak kering tadi. Sorry tau!” Joanna membuat muka simpati. Aku mencebik. Ceh, mana ada lelaki nak simpati pada lelaki! Buat seketika aku tertarik untuk menoleh ke arah Dek An dan Eijat. Dua jejaka yang selalunya berlainan pendapat namun punya minat yang sama seperti kami semua iaitu hang out 24jam.
            “Macam biasa, semuanya fasal legging.” Paan menghulurkan tangannya kepada Eijat. Eijat pantas menggeleng.
            “Duit tak cucuk lagi. Daddy aku outstation.” Eijat mengeluarkan poket jeansnya. Paan merengus.
            “Nak hang out tak bawa duit satu kes berat yang tak dapat dimaafkan. Suwei betul!” Paan menjeling Eijat diikuti anggukan daripada kami semua. Eijat mengangkat kedua-dua tanggannya ke atas kepala seperti orang kena tahan polis.
            “Okay. Mama aku bagi sikit je harini.” Eijat mengeluarkan not seratus daripada poket belakang jeansnya. Paan tersenyum riang dan menggentel-gentel lengan Eijat. Kami semua ketawa pecah perut. Sudah dapat mengagak apa yang bermain dalam fikiran kedua-dua mereka. Seperti biasa, Eijat dengan terpaksa hatinya akan mentopupkan perut-perut kami dek kerana bodekan Paan. Actually, Eijat adalah budak paling kaya diantara kami semua so memang patut pun dia kena belanja kami walaupun dia tak pernah volunteer untuk berbuat demikian. Ala, kaya sikit je daripada Bill Gates tu!

            Isnin ni memang hari yang paling mendukacitakan aku. Paperwork aku untuk presentation pagi tadi dah la aku tak siap plus dengan ketensionan aku terhadap kes Puan Julia yang kugelar Si Murai tu masih terpahat di kotak memori. Ada ke patut dengan muka merah padam dan lagaknya bagai seorang professor berpengaruh beliau dengan sewenang-wenangnya telah menunding jari ke arahku sambil memberi amaran entah untuk ke berapa kali katanya. FINISH YOUR WORKS NOW! Fuhh! Garang betul! Macam Mama jugak. Sambil mengelamun perihal masalah di kuliah pagi tadi, langkah kaki aku percepatkan supaya segera sampai ke perpustakaan di tingkat tiga. Yeah! Chaiyok! Paperwork tu mesti kusiapkan hari ni juga! Tiba-tiba…
            “See. Kan aku dah cakap. Pia dengan Caun pun tak lama. Kau memang anak murid aku yang terpelajar.” Terdengar suara nyaring dan kuat disertai dengan derapan tapak kaki menuruni tangga.
            Ini suara Wawa si kaki gosip! Tak ada orang yang ada suara besar dan nyaring macam dia!
            Aku cepat-cepat menyorok di bawah tangga seraya membatalkan hasrat untuk ke perpustakaan.
            “Hahaha! Tahniah untuk aku dan terima kasih untuk Tok Guru Wawa.” Suara kawan baiknya, Nadia.
Kemudian kedengaran suara Wawa ketawa.
Nadia menyambung, “Kesian Pia. Tu la couple dengan si playboy tu siapa suruh?” Nadia tersenyum penuh makna.
“Hey seksi, jaga Caun tu baik-baik. Bukan senang nak dapat balak handsome and kaya macam dia tau! Good taste!”
“Thanks untuk pertolongan kau. Menjadi juga gosip kau tentang Pia tu kan. Baru padan dengan muka dia.”
Kemudian mereka sama-sama ketawa.
Aku keluar setelah menyedari mereka sudah berada jauh dari tempat persembunyianku. Lantas berdiri megah dan tersenyum lebar. Yeah! Inilah berita yang aku nanti-nantikan sejak sekian lama, Safiah kembali single! Sejahat-jahat mulut si Wawa tu ada juga kebaikannya untuk aku. Hehehe…


(Eh, belum habis lagi la. Click READ MORE ye :)








“A’ah! Aku usha status dia kat laman muka buku semalam. Single hundred per cent!” Anip menepuk bahuku.
“Bagilah aku idea macam mana nak dapatkan dia.” Aku bertanya ala-ala singa gelojoh dan mula menggelabah. Risau Safiah disambar orang jika aku lambat bertindak.
“Ala, kau komen balik kat status relationship dia tu. Hai, single ke? Saya ada chance masuk line tak?”
Aku lantas tersenyum sebaik mendengar idea baik punya dari Dek An. Macam orang berpengalaman banyak dalam strategi memancing perhatian gadis-gadis comel. Maklumlah, aku ni kurang daya ingatan. Baru setahun meninggalkan dunia kasanova dah lupa taktik lama.
“Better kau kasi inbox je kat dia. Kalau komen nanti bocor rahsia pula.” Paan menyambung cadangan Dek An sebentar tadi.
“Eh, komen balik kat wall dia bro! Baru lelaki sejati.” Eijat menjeling Paan.
“Mesej je Epul. Buatnya dia reject kau mampus satu kolej tau. Malu kot!” Paan membalas jelingan Eijat tadi.
Kepalaku kembali memandang Paan. Macam menyaksikan perlawanan badminton pula. Pandanganku sekejap beralih ke arah Paan dan ke arah Eijat. Suasana semakin panas. Aku rasa aku patut beredar sebelum keadaan menjadi semakin tak terkawal.
“Kau akan komen kat status dia kan, Epul?” Tiba-tiba Eijat menoleh ke arahku dengan muka garang. Aku hanya menjongket bahu dengan dahi berkerut. Ganas kot! Joanna, Safwan dan Dek An membisu. Arghhh!!! Asyik gaduh je! Mereka semua hanya menambahkan masalah aku!

“Hai, single dah ke?” Aku menghantar chat kepada pemilik laman muka buku Safiah Shapley.
“Yup! Kenapa? J
Aku tersenyum. Sepertinnya ada ura-ura minat kat aku jugak! Tapi jejaka idaman Malaya mesti cover macho beb! Mana boleh mengaku direct.
“Saja tanya. Macam mana boleh putus dengan abang Caun?” Aku sibuk bertanya. Eish, mengada-ngada nak jaga tepi kain orang pulak aku ni! Tapi jawapan daripada Safiah melegakan hatiku yang dirundung resah sejak dari tadi.
“Tak ada jodoh kot, terima jela.”
Tanpa berfikir panjang aku test market dengan harapan Safiah menerima pelawaanku. “Jom hang out. Epul belanja.” Aku pasrah. Kalau dapat, Alhamdulillah. Kalau tak, Masha Allah.
7 minit kutunggu namun masih tiada respon darinya. Aku sudah berkira-kira untuk log out barulah dia membalas.
“Pukul berapa?”
Senyuman aku semakin melebar tatkala mendapat feedback positif daripada Safiah. Ececeh, green light tu! Rezeki depan mata, rugi tak kaut.
“5 petang, depan asrama Pia.” Aku membalas pendek dan cepat-cepat log out akibat terover happy. Sejam lagi pukul 5. Nak pergi salun lagi, sempat ke? Tu la aku, kelam kabut dan berfikiran pendek dalam membuat sesuatu keputusan. Huh!

Sejak daripada pertemuan empat mata dengannya sebulan lepas, hubungan kami semakin akrab. Semua member aku tabik spring betul-betul kagum dengan ilmu mentackle yang aku gunakan. Ceh, sebenarnya tak ada benda yang nak dihairankan. Aku kan handsome? Kalau bukan Safiah pun, mesti ramai lagi perempuan yang tergila-gilakan aku kat luar sana.
Sejak akhir-akhir ni aku dapat rasa yang Safiah juga punya perasaan sama seperti aku walaupun aku selalu tengok dia cuba buat-buat selamba. Yela, malu la nanti orang tahu model sambilan jadi perigi cari timba pulak kan? Yang aku pun satu, nak luahkan perasaan pun kecut.
“A…awak nak jadi… um…” Pernah aku cuba suarakan isi hatiku pada Safiah. Tapi aku masih teragak-agak mahu meneruskan kata-kata.
“Jadi apa?” Safiah tiba-tiba memintas percakapanku yang tersekat-sekat.
Aku lantas menggeleng. Gelabah aku dibuatnya! Kalau ye pun tunggulah sampai aku habis cakap. Hilang mood aku dek kekasaran bahasa Safiah. Nampak je comel tapi sama garang macam Si Murai tu! Kelam betul! Aku mencebik.

Ya! Dari gaya percakapan dan bahasa tubuh Safiah pun aku teramat pasti yang dia memang dah tangkap cintan sama aku. Alahai! Sweetnya bila dia pernah cakap akulah best friend ever dia.
“Ala, tak kan best friend je?” Aku cuba mengujinya tapi dia ketawa pulak. Lagi la aku nervous nak tahu jawapan dari dia tapi dia asyik senyum je. Ala, tak payah jawab pun aku dah tahu jawapannya. Aku tersenyum bangga sambil membuat pose ala-ala model hebat. Saja nak tarik perhatian dia. Kot-kot sangkut, tak sia-sia la aku tebar pukat.
Dan hari ni aku date lagi dengan Safiah. Dia yang offer aku keluar, aku pun on je. Yelah, bukan senang nak dapat pelawaan daripada model kiut miut macam pelakon Korea ni. Lagi bangga aku bila dapatjalan berkepit dengan dia. Senyuman aku meleret sampai ke telinga doh! Macam jalan atas karpet merah pulak, kiri kanan orang dok tabik aku tak henti-henti. Hahahaha! Mana tak nya, aku senang-senang je dapat keluar dengan dia sedang kat luar sana orang panjang punya queue up tertunggu-tunggu nak shooting dengan dia. And automatically, aku jadi famous gitu! Alahai, masuk mimpi la kau malam ni Pia!

“Kau bila nak declare dengan dia?” Pertanyaan Joanna menghentikan lamunanku.
Aku terdiam seketika. “Belum masanya.” Aku menjawab ringkas sambil tersenyum.
“Korang suka sama suka kan? Cepat-cepatlah masuk line Epul. Caun dah break up dengan Nadia. Aku dengar cerita dia nak go on balik dengan Pia.” Joanna menjelaskan panjang lebar.
Tersentak. Aku terkedu. Joanna tersenyum polos melihatku terpinga-pinga. Sial betul mangkuk ayun tu! Dia ingat couple macam main salin baju ke apa, setiap bulan nak tukar. Aku dulu pun tak macam tu sangat. Setakat pasang enam orang awek dalam satu masa tu pernah la aku try. Yeah! Up sikit dari abang Caun! Hahaha!
“Hoi!” Joanna menyiku lenganku yang mendagu. Pap! Tersembam muka kacakku ke atas meja kafe. Aduh! Kurang asam betul tomboy celup ni. Nasib baik kau bukan lelaki tulen. Kalau tak lebam aku buat kau.
Joanna segera meminta maaf kepadaku.
“Hei, cantik sikit perangai tu! Apa ingat tangan palsu ke? Ni punca rezeki aku tau!” Muka aku mencuka sambil menunjukkan pipiku yang merah. Hek eleh, mula la nak merajuk! Actually, saja nak test tengok macam mana tomboy pujuk lelaki tapi hampeh!
“Eish, jangan merajuk la gedik. Tu la, aku cakap buat derk lagi. Nanti aku call Pia suruh pujukkan kau ya.” Joanna pantas mendail number phone Safiah yang pernah kuberi dulu.
“I’ve a date right now. I’ll call you back.” Safiah lantas mematikan panggilan.
Aku hanya tertunduk. Kecewa dengan jawapan Safiah yang kudengar melalui loud speaker yang sengaja Joanna kuatkan sebentar tadi. Punggungku tiba-tiba terasa panas akibat terlalu lama duduk di kafe itu mengenangkan Safiah! Bazir masa aku je teringat kat dia! Aku jadi tak senang duduk. Safiah, kau memang suka tengok aku menderita kan?! Ah, Bencinya!

Suasana petang tu memang nyaman. Aku sengaja lepak di taman botani seorang diri. Nak rehatkan otak kejap. Kusut gila! Baru je aku nak seluk poket beg cari earphone, ada suara menyeru namaku dari belakang. Ala, sibuk betul!
“Monyok je macam tapai basi ni kenapa? Epul ada problem ke?” Safiah mengambil tempat duduk di sebelahku. Minah ni lagi, bosan!
Aku menggeleng tanpa menoleh sedikit pun ke arahnya. Cakap la kau sorang-sorang. Malas aku nak layan playgirl macam kau. Suka kat aku tapi dating dengan balak lain. Lepas tu, pura-pura macam orang tak bersalah. Kejam! Pergilah couple balik dengan balak poyo kau tu! Gumamku geram. Rasa nak blah je time tu jugak tapi tak sempat dah sebab suara lunak Safiah membuatkan aku terpaksa stay dan sememangnya aku tak nak pergi mana-mana pun. Letih marathon kena kejar dengan pak guard pagi tadi pun belum hilang lagi. Hanya disebabkan dia ternampak aku berkeadaan mencurigakan masuk ke dalam dewan kuliah I setelah semua pelajar pulang. Logik ke?  Aku just nak letak paperwork atas meja je!
“Epul marahkan Pia ke?” Lamunanku terhenti serta-merta. Safiah masih cuba memujukku. Aku tetap membisu dan berpaling ke arah lain. Eee, gediknya aku nak manja-manja pulak! Safiah tiba-tiba menghulurkan satu kertas keras kepadaku. 321, CINTA? Pehhh! Dia nak ajak aku tengok filem romantik? Aduh! Tak brutal la macam ni. Joanna, tolong aku! Aku menjerit di dalam hati. Safiah mengerut dahi melihat kelakuan anehku.
“Epul nak tak?” Safiah bertanya lagi. Suaranya yang lembut bak gadis Melayu terakhir membuatkan aku cair lantas mengangguk.
Aku cepat-cepat menggeleng semula. “Eh, nanti Epul fikir dulu.”
Safiah hanya mengangguk dan ingin berlalu pergi namun sempat kutarik tangannya supaya duduk kembali.
“Ada apa? Kan Epul tak suka Pia.” Dia cuba memancing reaksiku.
Kulihat mata Safiah sudah berkaca. Aduh! Janganlah menangis Cik SNES. Itu gelaran yang diberikan oleh Puan Julia sewaktu dia memperkenalkan namanya pada orientasi kemasukan pelajar baru ke UTM dua tahun lepas. Gelaran tu singkatan kepada nama penuhnya yang tertera di atas kad pengenalan. Tengok! Aku ingat lagi tau! Tu pun kata aku tak suka ke?
“Bukan macam tu Pia. Epul suka Pia tapi Pia kan dah on balik dengan abang Caun so Epul tak nak kacau daun.” Aku merenung wajah Safiah yang sudah mula menitiskan air mata.
Safiah menggeleng. “ Mana mungkin Pia nak orang yang dah buang Pia.”
Betul jugak tu. Aku mengangguk walaupun dalam hati rasa gembira bukan kepalang. Kalau aku pun jadi Safiah, dah aku maki mamat tu cukup-cukup biar dia sedar siapa diri dia nak kutip balik sisa yang dia pernah buang dulu. Pehhh, cayalah! Bisa betul ayat aku. Menyengat!
Namun, aku terpaksa mengcontrol ketawaku dan pura-pura bersimpati dengan keadaan Safiah. Yelah, si Safiah ni baru putus cinta, takkan aku tak pura-pura sedih langsung kot?
“Pia sabar ye. Epul kan ada.”
Aku sekadar tersengih dan melirik padanya. Safiah tersenyum saat aku mention nama dia. Rindu kot nak dengar suara aku. Yelah, lama jugak aku merajuk tak sembang sepatah haram pun dengan dia. Tengoklah taktik aku, at least ada side effect kan? Hahaha!
“Pia suka Epul. Epul nak jadi pakwe Pia tak?”
Mak aih, biar betul?! Tak kusangka ayat itu yang akan terpacul keluar dari bibir gadis comel itu. Kulihat Safiah begitu teruja ingin aku menjadi boyfriendnya. Alolo… manjanye! Aku jadi serba tak kena.
“Epul…” Safiah masih menunggu jawapan dariku.
Aku terdiam sejenak lantas menjongket bahu. “Okey, kalau Pia dah merayu sangat, Epul terimalah.”
Safiah tersengih.
“Thanks. Pia tahu Epul suka kat Pia jugak kan? I love U too. Hehehe…”
Safiah… Terima kasih sebab sudi terima Epul sebagai teman hidup Pia. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana memberiku peluang untuk melihat senyuman manisnya lagi. Takkan kubiar sesiapa pun menyakiti hati Safiah sekali lagi. Aku hanya mampu berdoa dalam hati agar hubungan kami tidak hanya separuh jalan. Insha’Allah.


Labels: