<!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6976495694910369793\x26blogName\x3dServant+of+Allah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://diana-azmai.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://diana-azmai.blogspot.com/\x26vt\x3d-8325043856942117693', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <body>

Free your heart from hatred.
Free your mind from worries.
Some things are better left unspoken.

Entries About Memories Shhh




Welcome.
10 Tips Menghadapi Kesan Putus Cinta
Wednesday, October 26, 2011 @ 10/26/2011 01:21:00 PM

1)    Enjoy dengan member rapat yang masih single. Bukan tak boleh hang out dengan member yang sudah berpunya risau nanti tengah jalan-jalan gf/bf member call ajak keluar kan dah tak cukup geng kan? Huhu. Elok jugak korang keluar pergi shopping ke, karaoke ke, rehatkan diri di spa ke? Hehehe… Kalau guys pulak boleh la jamming kat mana-mana. Ajak turun satu kampung pun boleh. Sure runsing kepala korang tentang ex-lover tu hilang punya.

2)  Tenangkan diri buat sementara waktu. Cuba la pergi lepak tepi pantai sorang diri.  Ketenangan bayu pantai boleh mengusik naluri korang twu tak? Sambil tu usha-usha la pengunjung pantai dengan pelbagai lagat diorang tu, pasti terhibur hati korang nanti. Tapi tak semestinya ketenangan hanya boleh cari di pantai je. Kalaulah rumah korang tu jauh sangat dengan pantai better korang pergi jalan-jalan di taman yang dipenuhi pepohon hijau. Saujana sikit mata memandang. Udara pun segar. Yeah! Tapi korang dinasihatkan agar tidak duduk bersendirian yang sunyi kerana peratus kemungkinan untuk korang mengingati ex-lover tu amat tinggi. Lepak mesti sorang diri tapi orang sekeliling kena tetap ada so korang takkan buat sesuatu yang di luar jangkaan.


3)   Sibukkan diri dengan sesuatu pekerjaan. Walaupun korang memang banyak free time yang terluang sekalipun, buat-buatkan la diri tu sibuk sikit. Tanya la mummy mungkin ada sesuatu yang korang boleh tolong. Suruh pergi beli barang di kedai sebelah rumah pun jadilah. Asalkan ada kerja yang hendak dibuat. Sekurang-kurangnya korang tak terfikirkan tentang ex-lover tu kan?

4)  Do something new! Try la something yang korang tak pernah cuba sebelum niy such as kalau before this korang takut dengan ketinggian apa kata join wall climbing atau flying fox ke? Disamping dapat new experiences korang jugak dapat penuhkan masa terluang korang tu daripada asyik teringat pada si dia yang tak pasti kan?

5)  Ketawalah kerana ketawa merupakan ubat paling mujarab sebab ia boleh membuatkan korang relax. Kalau ada apa-apa masalah sekalipun cubalah untuk membuatkan diri anda ketawa. Bacalah buku yang berunsurkan lawak jenaka atau tonton cerita lawak macam cerita Maharaja Lawak di Astro tu. But kalau korang tak ada masa nak mengadap depan TV, sembang la dengan member yang sekepala dengan korang sebab kalau dah sekepala ni macam-macam idea akan keluar betul tak? Ketawa pun dah tak ingat dunia je nanti.

6)   Carilah lebih ramai kawan dan jangan takut berkawan dengan semua orang. Bila korang mengenali lebih banyak orang dari seluruh pelosok maka korang dapat bertukar pendapat dengan mereka. Selain dapat meluaskan pengetahuan tentang dunia luar tanpa disedari korang telah pun membina satu rangkaian informer yang luas. Maksud aku, kalau korang ada important things to do such as korang nak join ujibakat Showdown then nak cari kasut Supra original yang second hand(dapat la kurang sikit) tapi tak tahu kat mana nak cari. So, korang boleh tanya member korang yang merata tempat tu mungkin diorang ada kenalan kerja kat kedai kasut ke ataupun pengumpul kasut kan. Dengan cara macam tu dapat la memudahkan kerja korang sikit ye tak? Hehehe…

7)  Pergilah bercuti dengan family or kawan-kawan rapat. Tak kira la korang bercuti ke taman tema atau di tepi pantai sekalipun yang penting korang dapat buat sesuatu yang menyeronokkan bersama keluarga atau kawan-kawan supaya dapat melupakan kenangan bersama ex-lover dan penuhkan memori otak korang tu dengan kisah manis percutian ni. Nak lebih adventure korang try la naik roller coaster dan jeritlah sekuat hati korang and hope segala masalah korang tu akan release sedikit demi sedikit.

8)  Be freedom! Jangan sesekali sekat kebebasan diri sendiri. Baru-baru putus cinta ni jangan gatal la nak cari pegganti dalam masa tedekat. Kenangan bersama ex-lover sebelum ni pun belum tentu korang dah lupakan betul tak? Bukan apa, just risau korang couple dengan orang baru untuk suka-suka je sebab terlalu kecewa dengan pasangan korang tu. macam kes nak balas dendam la, huhuhu. So, lebih baik korang tak terikat dengan sesiapa pun buat sementara waktu ni supaya kepala korang tu tak payah susah-susah lagi nak fikir fasal jaga hati orang. Sedangkan hati sendiri siapa pulak nak jaga kan? Think it!

9)  Jauhkan diri korang dengan handset buat sementara ni. Tapi ibarat kata korang dengan handset tu dah macam kembar siam yang tak dapat dipisahkan, just delete number ex-lover korang tu. Ini merupakan langkah berjaga-jaga agar korang tak terkifir untuk menghubungi ex korang semula. Manalah twu kan. Kita ni karang bila tengah belek handset time bosan tu and ternampak pulak number ex then dengan rela hatinya menghantar mesej jiwang kat dia. Buatnya ex korang tu dah ada pengganti baru then bf/gf dia pulak yang baca mesej korang tu tak fasal-fasal korang kena maki balik je nanti. Jangan cari fasal beb!


10)Fikirkanlah yang positif. All will be okay. Janganlah korang rasa putus cinta tu pengakhiran bagi hidup korang. Buat-buat jela macam tak ada apa yang berlaku sebelum ni. Buat sementara waktu ni korang jangan la fikirkan fasal cintan cintun but fokuskan dulu pada diri sendiri. Uruskan diri korang yang sebelum ni tak ada langsung masa untuk diri sendiri. Kalau dulu waktu belajar pun entah ke mana tapi lepas dah break up ni harap korang boleh fokuskan pada banyak perkara daripada terusan memikirkan problem ex-lover korang tu.

Labels: