<!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6976495694910369793\x26blogName\x3dServant+of+Allah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://diana-azmai.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://diana-azmai.blogspot.com/\x26vt\x3d-8325043856942117693', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <body>

Free your heart from hatred.
Free your mind from worries.
Some things are better left unspoken.

Entries About Memories Shhh




Welcome.
Just untuk renungan semua :D
Saturday, August 13, 2011 @ 8/13/2011 06:45:00 PM


Nota: Cerita ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa, sekadar sebuah kisah seorang bekas playgirl(identity dirahsiakan) untuk tatapan semua pembaca.

Kisah bermula apabila tiga orang remaja, seorang lelaki dan dua perempuan berjalan-jalan di sekitar sebuah kawasan perumahan yang rata-ratanya dihuni oleh orang Melayu beragama Islam. Seorang lagi perempuan merupakan sahabat si perempuan (watak utama).

Situasi berlaku pada waktu petang kira-kira jam 5.00 petang. Mereka berdua sedang menuju ke taman permainan di hadapan rumah rakan mereka. Lelaki tersebut duduk di atas tanah manakala perempuan tersebut bermain buaian.

Setelah 15 minit mereka membisu, perempuan tersebut lantas memulakan perbualan.

Perempuan: Awak, sampai bila hubungan kita akan kekal macam ni ya?

Lelaki: Entahlah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Perempuan: Awak bahagia tak dengan saya?

Lelaki: Mestilah. Jangan tanya yang bukan-bukan la.

Perempuan: Saya takut kasih awak berubah je.

Lelaki: Selagi saya tak cakap saya curang maknanya awak seorang je gadis saya.

Perempuan: Awak rasa saya cantik tak?

Lelaki: Mungkin mama saya lebih cantik kot. Hehehe…

Perempuan: Dah agak dah, asyik ulang jawapan yang sama je. Erm, awak ni tak pernah jemu ke dengan saya?

Lelaki: Nak jemu kenapa?

Perempuan: Manalah tahu.

Lelaki: Perempuan ni memang suka fikir yang bukan-bukan ke? Suka tanya yang pelik-pelik.

Perempuan: Kaum hawa lebih teliti dalam soal perhubungan lah.

Lelaki: Oh, macam tu.

Perempuan: Betul awak sayang saya?

Lelaki tersebut hanya mengangguk tanpa bersuara.

Perempuan: Tapi kenapa saya selalu tengok awak buat tak tahu je bila saya bagitahu ada orang ganggu saya kat telefon?

Lelaki: Saya cuma nak awak selesaikan masalah awak sendiri. Nanti saya salah handle kita gaduh pula.

Perempuan: Tengok la awak tu. Suka sangat ungkit kisah lama. Sekarang saya dah berubah la. Saya tak marah-marah lagi dah.

Lelaki: Alhamdulillah…

Perempuan: Awak, dah 2 tahun kita couple kan? Awak seronok tak couple dengan saya?

Lelaki: Saya seronok couple dengan awak sebab awak penyayang, hormat orang tua, alim and sporting!

Perempuan: Thanks awak! Awak ni baik sangat tahu tak? Awak tak pernah kongkong saya.

Lelaki: Tak adalah baik mana. Setakat jadi imam solat subuh kat surau tu selalu lah juga.

Perempuan: Hahaha… Kelakar lah awak ni. Patut lah first time kita declared dulu awak hadiahkan saya tudung.

Lelaki: Saya cuma tak nak awak sengsara di akhirat kelak.

Perempuan: Oh ya, saya pelik la kenapa awak tak pernah cakap sayang kat saya even sekali pun? Macam syok sendiri je saya ucap sorang-sorang kat awak. Ada emas ke dalam mulut awak tu sampaikan nak cakap tu pun susah sangat.

Lelaki: Eh, tak susah pun.

Perempuan: Penat betul cakap dengan awak ni. Tak ada effect langsung, bosan tahu tak!

Lelaki: Saya minta maaf la awak. Bukan senang nak memahami isi hati perempuan ni.

Perempuan: Saya tak suruh pun awak fahamkan isi hati saya!

Lelaki: Syaitan lebih mudah mendekati seseorang yang sedang dalam kemarahan.

Perempuan tersebut menjeling ke arah lain dengan muka masam. Sakit hati dengan kata-kata lelaki tadi.

Lelaki: Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman.

Perempuan: Saya tahulah! Awak tak payah nak ajar saya.

Lelaki: Yela, saya tahulah awak ada PhD. Saya ni baru je habis degree.

Mendengar suara lelaki tersebut yang seakan lain daripada selalu, perempuan tersebut lantas menoleh.

Perempuan: Ala… merendah diri pula awak ni. Saya gurau jela. Awak jangan merajuk tau. Saya ni doctor biasa-biasa je.

Kata-kata perempuan tersebut membuatkan lelaki tadi tersenyum kembali.

Lelaki: Sebab tu saya suka awak. Awak pandai ambil hati saya lepas sakitkan hati saya.

Perempuan: Amboi… Cubit nanti baru tahu langit tinggi rendah.

Lelaki: Eh, jangan! Doktor cubit nanti keadaan akan lebih teruk.

Perempuan: Kenapa pula?

Lelaki: Bila doctor yang cubit, orang akan rasa sakit dan orang sakit akan berjumpa dengan doctor untuk mendapatkan ubat ye tak? Buat naya je.

Kemudian mereka sama-sama tergelak. Setelah keadaan reda, lelaki tersebut bersuara perlahan.

Lelaki: Awak, saya nak minta maaf sebab semalam saya tak sengaja terbaca mesej kat handset awak tu.

Terkejut dengan kata-kata lelaki tadi perempuan tersebut dengan gelabahnya mengeluarkan mobile phone dari beg tangannya lalu membuka mesej inbox manakala lelaki tersebut masih relaks.

Perempuan: Awak baca mesej yang mana satu?

Lelaki: Mesej “Hi sayang, U buat apa tu?” Sejak bila pula saya guna number lain?

Perempuan tersebut terpinga-pinga lantas men’delete’ semua mesej di dalam inbox.

Perempuan: Eh, mana ada mesej macam tu dalam handset saya lah! Tak percaya ambil handset ni tengok lah.

Handset Nokia N73 kini bertukar tangan. Lelaki tersebut tidak membuka mesej perempuan tersebut tetapi meletakkan handset itu di atas beg tangan perempuan tadi. Berasa pelik dengan tindakan kekasihnya, perempuan tersebut lantas bertanya.

Perempuan: Kenapa tak tengok?

Lelaki: Saya bukan suami awak yang sah. Saya tak ada hak nak halang dengan siapa awak mahu berkawan. Tapi saya harap awak setia dan takkan tipu saya.

Perempuan tersebut terkedu. Terasa terpukul dengan tindakan diri sendiri. Perempuan tersebut membisu seribu bahasa manakala lelaki tadi masih mengekalkan senyumannya. Dia sudah dikurniakan seorang kekasih yang baik namun dia masih tidak menghargainya. Airmata perempuan tersebut tiba-tiba mengalir. Dia tahu lelaki itu sedar akan penipuan dan kecurangannya namun lelaki tersebut masih lagi bersahaja seakan-akan tidak ada apa-apa yang berlaku diantara mereka berdua. Ketahuilah wahai wanita-wanita semua, lelaki yang benar-benar menyukai seseorang perempuan tidak akan mudah mengucapkan kata-kata sayang pada perempuan tersebut kerana dia risau jika dia sudah mengucapkan kata-kata sayang tersebut dan ketika perempuan tersebut sudah memberikan sepenuhnya kepercayaan terhadap lelaki itu, dan lelaki tersebut mengkhianatinya. Lelaki juga lebih bersikap tertutup, tidak banyak berfikir dan tidak banyak bertanya perihal perhubungan berbanding perempuan. Wahai wanita-wanita yang disayangi, kamu tahu lelaki juga punya hati dan perasaan jadi cuba bayangkan jika kamu mendapat seorang lelaki yang panas baran. Tidak mustahil kamu akan ditinggalkan kala itu juga. Namun, lelaki juga harus tahu ketika Allah menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa, memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah dan
memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. Fikir-fikirkanlah.

P/S: Wahai wanita, hargailah orang yang benar-benar ikhlas dengan kamu dan bukan dengan orang yang hanya mahu mengambil kesempatan keatasmu

Labels: